Seorang jurutera, Bernard Then, 39, yang diculik di Restoran Ocean King, Sandakan pada Mei lalu telah dipenggal kepala oleh kumpulan pengganas Abu Sayyaf, petang tadi.
Kumpulan Abu Sayyaf melakukan perbuatan kejam itu selepas cuba melarikan diri dalam pertempuran dengan tentera Filipina di Perkampungan Bud Taran, Indanan, Kepuluan Jolo.
Bernard yang berasal dari Sarawak dilaporkan dibunuh pada pukul 4.20 petang waktu tempatan. Kematiannya disahkan oleh komander Joint Task Group Sulu Filipina Brigedier-Jeneral Alan Arrojado.
Utusan Malaysia melaporkan pertempuran itu tercetus ketika tentera Filipina cuma masuk ke kubu kuat kumpulan militan untuk menyelamatkan mangsa culik termasuk Bernard.
Bernard diculik kumpulan militan itu pada Mei lalu bersama Thien Nuk Fan, pemilik Restoran Ocean King Seafood di Sandakan.
Thien dibebaskan minggu lepas selepas ditahan selama 6 bulan di kawasan yang sama di dalam hutan di selatan Filipina.