Quantcast
Channel: Jenayah & Mahkamah – TV14
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082

Penganggur Hadapi Tuduhan Bunuh Penjaga Tokong

$
0
0

PORT DICKSON 14 NOVEMBER 2016. Seorang penganggur, K Parameswaran, 44 ketika dihadapkan ke Mahkamah Majistret Port Dickson atas pertuduhan membunuh seorang penjaga tokong pada Ogos lalu. NSTP/IQMAL HAQIM ROSMAN

 

PORT DICKSON: Seorang penganggur dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, hari ini, atas pertuduhan membunuh seorang penjaga tokong di sini, Ogos lalu.

Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan daripada K Parameswaran, 44, selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Siti Khairiah Abdul Razak.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa membunuh Tan Kok Lim, 73, antara jam 10.30 pagi hingga 1 tengah hari, di Tokong Cina Chin Kong Toh, Jalan Lama Pekan Port Dickson di sini, pada 12 Ogos lalu.

Dia didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati, jika sabit kesalahan.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082