Quantcast
Channel: Jenayah & Mahkamah – TV14
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082

KPDNKK Serbu Kilang Sorok 30,000kg Minyak Masak

$
0
0

image

 

KOTA BHARU – Tindakan licik sebuah kilang pemborong di sini yang dikesan menyimpan lebihan bekalan minyak masak sehingga 30 tan metrik bernilai RM120,000 akhirnya terbongkar dalam serbuan mengejut pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) di sini, hari ini.

Serbuan terbabit diketua oleh Pengarahnya, Datuk Ab Ghani Harun bersama sepasukan pegawai penguatkuasanya di stor berkenaan dan dari hasil pemeriksaan dilakukan mendapati terdapat lebih 30,000 kilogram minyak masak dalam botol disimpan dalam stor berkenaan.

Ab Ghani berkata, pengurus kilang berkenaan telah diberi amaran untuk mengeluarkan stok bekalan minyak itu untuk diagihkan kepada semua pasar raya di negeri ini yang mengalami kekurangan bekalan.

“Jika pihak berkenaan gagal mengikut arahan yang dikeluarkan pihak KPDNKK, kita akan menarik balik stok bekalan mereka dan lesen pemborong akan ditarik serta merta.

“Kita akan adakan pemeriksaan semula esok, di premis ini dan jika sabit kesalahan pihak pemborong terbabit boleh dikenakan tindakan di badah Akta Kawalan Bekalan 1961,”katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan lawatan mengejut di stor penyimpanan minyak di sebuah kilang pemborong di sini hari ini.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082