Quantcast
Channel: Jenayah & Mahkamah – TV14
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082

8 Lelaki Didakwa Ceroboh Tanah Milik Sultan Johor

$
0
0

mahkamah1-1

 

MERSING – Lapan lelaki termasuk seorang remaja ditahan 14 November lalu dipercayai menceroboh tanah milik Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dekat Batu 15 Jalan Kluang-Mersing.

Ketua Polis Daerah Mersing, Deputi Superintendan Cyril Edward Nuing berkata, pihaknya menangkap tiga warga tempatan dan lima warga Indonesia berusia antara 18 tahun hingga 40 tahun.

“Atas maklumat diterima 14 November lebih kurang jam 5.30 petang sepasukan anggota Polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Mersing telah pergi ke tanah milik Sultan Johor yang terletak di Batu 15 Jalan Kluang – Mersing 86810 Mersing, Johor.

“Telah tangkap lapan lelaki iaitu tiga warganegara Malaysia dan lima warganegara Indonesia,” katanya dalam satu kenyataan.

Dalam kenyataan sama, beliau menasihati dan memberi amaran agar masyarakat tidak melakukan kesalahan sedemikian kerana pihaknya sentiasa membuat rondaan penguatkuasaan di daerah Mersing.

Menurutnya lagi, kesemua suspek telah dituduh bawah Seksyen 444 Kanun Keseksaan atas kesalahan menceroboh dekat Mahkamah Majistret Kota Tinggi, semalam.

Dua suspek warga tempatan dijatuhkan hukuman denda masing-masing RM2,000 manakala seorang lagi remaja dijamin dengan RM1,000 untuk tetapan tarikh sebutan kes.

Lima warga Indonesia itu pula dijatuhkan hukuman penjara empat bulan.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082