Quantcast
Channel: Jenayah & Mahkamah – TV14
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082

2 Ditahan Cetak Duit Palsu Beli Telefon Bimbit

$
0
0

SHAH ALAM 22 NOVEMBER 2016. Antara barang kes berupa wang palsu dan telefon bimbit yang dirampas pada sidang media Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) berkaitan kejayaan anggota Polis menumpaskan sindiket African Scam di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor. STR/MOHD ASRI SAIFUDDIN MAMAT.

 

Shah Alam: Kegiatan jenayah dua lelaki warga tempatan yang sanggup mencetak duit palsu semata-mata untuk membeli telefon bimbit yang diiklankan menerusi satu laman sesawang berakhir selepas mereka dicekup polis di sebuah rumah di Bayu Perdana, Klang, awal pagi Ahad lalu.

Kedua-dua lelaki berusia 27 dan 37 tahun itu ditahan sepasukan polis Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya bersama seorang wanita warga Thailand berusia 26 tahun dipercayai teman wanita salah seorang penjenayah berkenaan.

Ketua JSJK Selangor, Asisten Komisioner Mohd Sakri Arifin berkata, hasil serbuan polis menemui 106 wang tunai RM100 palsu, dua mesin cetak, sembilan telefon bimbit serta satu komputer riba yang dipercayai digunakan untuk menipu mangsanya.

“Tangkapan dilakukan selepas seorang wanita mengiklankan untuk menjual telefon bimbit berharga RM2,000 di satu laman sesawang sebelum suspek menghubungi mangsa untuk berjumpa di sebuah pusat beli-belah di Subang Jaya, minggu lalu.

“Dalam urus niaga berkenaan, mangsa menyerahkan telefon berkenaan kepada suspek dan bayaran dilakukan sebelum suspek beredar. Mangsa hanya menyedari wang itu palsu selepas suspek menghilangkan diri,” katanya, di sini, semalam.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082