Quantcast
Channel: Jenayah & Mahkamah – TV14
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082

Penuntut Universiti Ditahan Jual Ganja

$
0
0

KUALA  LUMPUR 22 NOVEMBER 2016. Ketulan mampat daun kering dipercayai dadah jenis ganja yang dirampas daripada suspek

 

Ampang: Lakukan ‘bisnes sambilan’ dengan menjual dadah ganja. Itu antara aktiviti haram dilakukan seorang penuntut universiti berusia 21 tahun bagi mendapatkan wang mudah.

Penuntut terbabit bagaimanapun diberkas polis selepas didapati memandu kereta dalam keadaan mencurigakan di Taman Kosas di sini, jam 12.15 tengah hari kelmarin.

Ketua Polis Daerah Ampang Asisten Komisioner Hamzah Alias berkata, penuntut universiti itu menunjukkan riak wajah cemas sejurus terserempak kereta peronda polis (MPV).

Menurutnya, pihak polis kemudian segera menahan kereta model Perodua Myvi dipandu lelaki itu.

“Hasil pemeriksaan dilakukan, polis menemui beberapa bungkusan plastik berisi ketulan mampat daun kering ganja di dalam kereta itu,” katanya.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082