Quantcast
Channel: Jenayah & Mahkamah – TV14
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082

Penunggang Motosikal Gelar Perdana Menteri Penjenayah ?

$
0
0

FB 3

SEBUAH laman Facebook peminat sukan permotoran dikesan telah dipercayai mengelar Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak sebagai penjenayah dalam salah satu status Facebooknya.

Facebook dengan nama Abdullah Hanz itu dipercayai telah kongsi sebuah rakaman video mengenai seorang pemandu kereta yang tidak mahu memberi kerjasama kepada pihak Polis Trafik semasa kenderaan yang membawa VVIP (dipercayai Perdana Menteri) sedang bergerak di jalan raya.

FB 1

Video berdurasi 1 minit 4 saat itu dipercayai dirakam melalui kamera video dari dalam kereta pemandu berkenaan dan telah dimuatnaik oleh sebuah Page Facebook iaitu Sj4000 Malaysia pada jam 11.08 malam, Rabu (3 Februari 2016).

Facebook Abdullah Hanz dikatakan telah kongsi status dan video berkenaan dengan disertakan status berbunyi “Penjenayah nak lalu…”.

Ada dua sikap rakyat Malaysia yang tidak patut berlaku dalam kisah ini, satunya sikap tidak mahu memberi kerjasama kepada tugas pihak berkuasa yang ditunjukkan oleh pemandu kereta dalam video berkenaan.

FB 2

Keduanya, sikap pemilik Facebook Abdullah Hanz sendiri yang menggelar pemimpin negara sebagai penjenayah adalah satu perbuatan yang tidak harus dibiarkan.

Pihak berkuasa harus mencari, menyiasat dan menghukum mereka-mereka yang membuat kesalahan-kesalahan ini kerana ia tidak memberi contoh teladan yang baik serta telah melanggar peruntukan undang-undang yang diamalkan oleh negara kita.

Video yang dimuatnaik oleh laman Facebook Sj4000 Malaysia dan dikongsi Abdullah Hanz itu adalah seperti di bawah ;

Tv14


Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082