Quantcast
Channel: Jenayah & Mahkamah – TV14
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082

Mahkamah Kota Bharu Terima Ancaman Bom Palsu

$
0
0

 

KOTA BHARU: Polis mengesahkan menerima dua panggilan palsu diterima berhubung ancaman bom di Mahkamah Kota Bharu dan Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP) Pengkalan Chepa, di sini, hari ini.

Sehubungan itu, dua lokasi berkenaan dikawal ketat dan pihak berkuasa terpaksa mengarahkan semua kakitangan dan orang awam mengosongkan bangunan berdekatan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kelantan, Asisten Komisioner Mohd Fakri Che Sulaiman, berkata panggilan itu diterima pada jam 11 pagi oleh individu menggunakan nombor telefon bimbit persendirian, yang memaklumkan terdapat bom di dua lokasi berasingan.

Berikutan itu, katanya, dua lokasi berkenaan dikawal ketat dan pihak berkuasa terpaksa mengarahkan semua kakitangan serta orang awam mengosongkan bangunan berdekatan.

“Unit Pemusnah Bom dari IPK Kelantan bersama beberapa pegawai dan anggota, termasuk dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu segera ke lokasi untuk melakukan pemeriksaan terperinci di kawasan terbabit, selain memastikan keselamatan orang ramai.

“Selepas satu jam pemeriksaan dilakukan, pihak kami tidak menemui sebarang bom dan panggilan yang dilakukan itu disahkan palsu,” katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.

Mohd Fakri berkata, pihaknya juga cuba menghubungi kembali nombor telefon individu itu, tetapi tiada sebarang jawapan dan pada masa sama, siasatan terhadap nombor berkenaan sedang dilakukan.

Katanya, polis tidak menolak kemungkinan dua panggilan itu dilakukan individu sama dengan kes panggilan bom pertama di Mahkamah Kota Bharu pada 29 November lalu.

Pada 29 November lalu, Mahkamah Kota Bharu, Pejabat Tanah dan Galian Kota Bharu serta Mahkamah Syariah Kota Bharu terpaksa dikosongkan buat sementara berikutan menerima ancaman bom palsu.

 

 


Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082