Quantcast
Channel: Jenayah & Mahkamah – TV14
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082

Bekas Pegawai Kerajaan Akan Didakwa Berhubung Kes Rasuah

$
0
0

 

KOTA KINABALU: Bekas Pengarah Jabatan Air Sabah dan dua yang lain dijangka akan didakwa pada Khamis berhubung salah satu kes rasuah terbesar di negara ini.

Mereka akan berdepan sekurang-kurangnya 37 pertuduhan, termasuk rasuah, pengubahan wang haram dan penyalahgunaan kuasa.

Menurut sumber, dua lelaki dan seorang wanita, dipercayai isteri kepada bekas pengarah itu akan dihadapkan ke kandang tertuduh di Mahkamah Sesyen Kota Kinabalu.

Bagaimanapun tidak dapat dipastikan sama ada timbalan pengarah jabatan itu, juga pada mulanya ditangkap akan menjadi individu ketiga untuk menghadapi tuduhan hari ini.

Walaupun mengesahkan tiga orang akan dibawa untuk menghadapi pertuduhan, pegawai-pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) enggan bercakap mengenai identiti mereka.

Difahamkan bahawa Jabatan Peguam Negara telah memberikan lampu hijau untuk mendakwa ketiga-tiga mereka.

Penyiasat setakat ini telah menyita atau membekukan harta, RM114.5 juta dalam bentuk wang tunai, akaun bank, unit amanah dan aset-aset lain di dalam dan luar negara.

Kes rasuah sensasi itu terdedah selepas serbuan dilakukan di pejabat dan rumah pengarah berusia 54 tahun itu dan rumah timbalan pengarah yang berusia 52 tahun pada 22 Oktober lalu.

Penyiasat terkejut apabila menemui wang tunai didakwa berjumlah RM45 juta di rumah pengarah itu dan RM3 juta di pejabat lain.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082