Quantcast
Channel: Jenayah & Mahkamah – TV14
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082

Polis Tahan Lelaki Guna Kad Kredit Timbalan Pendakwa Raya

$
0
0

 

ALOR SETAR: Seorang lelaki ditahan selepas berbelanja lebih RM5,000 untuk membeli dua telefon bimbit dengan menggunakan kad kredit milik Timbalan Pendakwa Raya di Kedah.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Kedah, Superintendan Chan Teck Paing, berkata pihaknya menahan lelaki terbabit di rumahnya di Pendang, dekat sini, selepas menerima laporan daripada mangsa.

Katanya, mangsa menyedari kad kredit itu hilang di Wisma Darul Aman, di sini, Ahad lalu, selepas mengisi minyak di stesen minyak.

“Mangsa yang membuat semakan di laman web bank mendapati ada penggunaan berjumlah RM5,650 di sebuah kedai di Jitra sebelum membuat laporan di Balai Polis Jitra pada hari yang sama.

“Siasatan mendapati kad kredit terbabit digunakan suspek berasal dari Pendang dan semakan dengan syarikat telekomunikasi mengesahkan nombor telefon pelanggan itu didaftar atas nama suspek, ” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah, di sini, hari ini.

Teck Paing berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 4(1) Akta Jenayah Komputer 1997 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM150,000 atau penjara 10 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan,” katanya.

 


Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082