Quantcast
Channel: Jenayah & Mahkamah – TV14
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082

Angkara Sabotaj Cermin Pesawat Retak? Rayani Air Siasat

$
0
0

image

KUALA LUMPUR, 9 Feb — Rayani Air sedang menyiasat sama ada pesawatnya, yang terkandas di Langkawi pagi ini, rosak akibat tindakan sabotaj atau sebaliknya.

Syarikat penerbangan baru ini berkata pesawat Boeing 737 tidak mengalami masalah teknikal tetapi cermin utama di kokpit retak.

“Bagi pihak Rayani Air, kami memohon maaf akibat pembatalan penerbangan dari Langkawi hari ini. Pembatalan ini bukan kerana masalah teknikal,” kata syarikat itu dalam satu kenyataan.

“Cermin di bahagian kokpit pesawat kami didapati retak selepas penerbangan malam tadi. Kami sedang menyiasat insiden ini sama ada ia tindakan khianat atau tidak.”

Lebih 200 penumpangnya terkandas di lapangan terbang pulau pelancongan itu selepas penerbangan RN180 dibatalkan.

Penerbangan  itu, menuju Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2), dijadual berlepas pukul 11.10 pagi ini tetapi tidak dibenarkan selepas kerja-kerja untuk mengatasi masalah itu gagal diselesaikan.

Dalam kenyataan sama, Rayani Air berkata ia sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa untuk siasatan insiden tersebut.

Penumpang boleh mendapatkan bayaran balik tiket pesawat boleh menghubungi talian utamanya di 03-2721 4925

“Buat masa ini, kami sedaya upaya sedang memastikan semua penumpang kami yang terkandas dapat meninggalkan Langkawi dalam keadaan selamat,” kenyataan itu dipetik.

“Kami sesungguhnya memohon maaf dan berharap penumpang memahami keadaan ini.”


Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082

Trending Articles