Quantcast
Channel: Jenayah & Mahkamah – TV14
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082

Remaja 13 Tahun Juga Sudah Mula Menagih Dadah

$
0
0

image

Kuantan: Rekod Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) mendapati remaja seawal usia 13 tahun sudah mula berjinak-jinak dengan penagihan dadah dan keadaan ini mencetuskan kebimbangan masyarakat.

Malah, menerusi statistik dikeluarkan AADK, ada peningkatan jumlah penagih bawah umur sepanjang 2015 berbanding 2014.

Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) AADK Azizan Ariffin berkata, berdasarkan rekodnya, jumlah penagih bawah umur pada 2015 adalah 557 dan ia meningkat daripada 544 penagih pada 2014.

“Keadaan ini dipengaruhi faktor seperti ibu atau bapa yang juga penagih, jadi timbul keinginan untuk mencuba.

“Bagi AADK, kami sering melakukan kempen berterusan, namun ia tidak akan berkesan jika sikap ibu bapa dan masyarakat tidak berubah,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Jelajah AADK: Ekspedisi Membanteras Dadah di sini, semalam.

Hadir sama Pengarah AADK negeri Abdul Ghani Abdul Rahman dan Pengarah Bahagian Pencegahan AADK Abdul Rahman Hamid.

Jelajah berkenaan yang bermula di Negeri Sembilan, Melaka serta Johor sebelum ke seluruh negara dan berakhir di Kuala Lumpur pada 12 Mac ini.

Azizan berkata, walaupun pihaknya sudah melakukan pelbagai kempen dan program kesedaran di seluruh negara, namun jumlah penagih sentiasa meningkat dan dianggarkan, kira-kira 1.2 juta penagih baru direkodkan.

“Kalau ikut rekod, 340,000 penagih dadah berdaftar dengan kami sehingga tahun lalu dan perlu kita ingat, untuk setiap seorang penagih, kita jangka akan ada empat lagi penagih bersama mereka.

“Maksudnya, 340,000 ini kita gandakan kepada empat lagi penagih lain. Daripada jumlah ini, 15,128 penagih adalah belia berusia antara 19 tahun hingga 39 tahun manakala selebihnya dewasa,” katanya.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082

Trending Articles