Quantcast
Channel: Jenayah & Mahkamah – TV14
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082

Awie Didakwa Sekali Lagi Di Mahkamah

$
0
0

Awie
KUALA LUMPUR: Vokalis kumpulan Wings, Awie sekali lagi didakwa atas tuduhan menyebabkan kecederaan ke atas bekas isterinya, Rozana Misbun pada Jun dua tahun lalu.

Penyanyi yang nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman, 46, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan ke atasnya di Mahkamah Majistret, di sini hari ini.

Mengikut pertuduhan, Awie didakwa telah menyebabkan kecederaan ke atas bekas isterinya itu di hadapan kaunter PNB, Jalan Tun Razak di sini kira-kira pukul 3 petang, 2 Jun 2014.

Pada 4 Julai 2014, Awie telah didakwa di Mahkamah Majistret Ampang atas tuduhan dengan sengaja menyebabkan kecederaan parah ke atas Rozana Misbun, 36, di sebuah rumah di Taman Ukay Bistari, Ukay Perdana, Hulu Kelang pada 1.30 tengah hari, 2 Jun tahun sama.

Kes itu sedang dibicarakan di peringkat pendakwaan. – UTUSAN ONLINE


Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082