Quantcast
Channel: Jenayah & Mahkamah – TV14
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082

ATM Dari Kilang Mahu Dicuri?

$
0
0

ATM

KLANG: Sebuah mesin pengeluaran wang automatik (ATM) di sebuah kilang, di Jalan Kebun, di sini cuba dilarikan penjenayah dengan cara ditarik menggunakan sebuah kereta pada jam 5.15 pagi tadi.

Bagaimanapun, cubaan beberapa suspek itu gagal, selepas mesin berkenaan ditemui ditinggalkan di atas jalan raya, kira-kira satu kilometer dari lokasi ia dilarikan.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Azman Abdul Razak, berkata polis mendapat maklumat awal daripada syarikat keselamatan yang memaklumkan mengenai kecurian itu pada jam 5.26 pagi.

Katanya, mesin ATM itu diletakkan berdekatan pos pengawal kilang berkenaan. yang bersebelahan dengan sebuah pusat servis kenderaan, di tepi jalan utama.

“Menurut saksi iaitu pengawal keselamatan yang bertugas ketika itu, dia terdengar bunyi bising di luar pondok dan apabila keluar, nampak suspek sedang menarik mesin menggunakan kabel menghala ke lebuh raya KESAS.

“Suspek dipercayai lebih daripada seorang dan menggunakan kereta yang bercermin gelap. Mereka juga kelihatan memakai topeng,” katanya sambil menambah mesin ATM itu diletakkan di tempat berkenaan sejak 20 tahun lalu.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082