Quantcast
Channel: Jenayah & Mahkamah – TV14
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082

Kanak-Kanak Terperangkap Dalam Kereta Ditinggalkan Ibu

$
0
0

kereta

GEORGETOWN: Seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun terperangkap 40 minit dalam kereta milik ibunya di sebuah pasar raya di Bayan Baru, di sini, tengah hari tadi.

Dalam kejadian jam 12.40 tengah hari itu, kanak-kanak terbabit ditinggalkan berseorangan dalam kereta jenis Proton Waja selepas ibunya keluar untuk ke pasar raya berkenaan sebelum kereta yang dimatikan enjin itu terkunci secara tiba-tiba.

Jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat Bayan Baru berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 12 tengah hari daripada orang awam.

“Anggota kami berusaha membuka cermin tingkap kereta berkenaan dengan cara manual, namun tidak berjaya.

“Disebabkan itu, kami terpaksa memecahkan cermin kereta berkenaan bagi menyelamatkan mangsa,” katanya.

Kanak-kanak terbabit diselamatkan tanpa sebarang kecederaan


Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082