PELAYAN pelanggan (GRO) warga Vietnam dan China ditahan dalam Operasi Noda (Ops Noda) di pusat simulator di Lorong Madras, di Georgetown, malam tadi. – Foto Shahnaz Fazlie Shahrizal
GEORGETOWN: Seramai 15 pelayan pelanggan (GRO) warga Vietnam dan China ditahan dalam Operasi Noda (Ops Noda) di pusat simulator di Lorong Madras, di sini, malam tadi.
GRO berusia antara 23 tahun dan 47 tahun itu ditahan kerana melanggar syarat pas lawatan sosial dan tiada dokumen perjalanan sah.
Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Mior Faridalatrash Wahid, berkata operasi itu dijalankan bersama Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP).
Beliau berkata, hasil pemeriksaan juga mendapati pengusaha pusat hiburan itu tidak memiliki lesen hiburan. “MBPP juga mengeluarkan saman terhadap pemilik pusat berkenaan dan merampas dua mesin perjudian,” katanya.
-BH