Quantcast
Channel: Jenayah & Mahkamah – TV14
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082

Bekas Diplomat, Rizalman Mengaku Salah Di Mahkamah New Zealand

$
0
0

rizalman

WELLINGTON: Seorang bekas diplomat Malaysia mengaku bersalah hari ini terhadap tuduhan serangan sumbang ke atas seorang wanita New Zealand, dengan mahkamah diberitahu dia memecah masuk ke dalam bilik tidur wanita itu dalam keadaan berbogel dari paras pinggang ke bawah.

Mohammed Rizalman Ismail merupakan atase tentera di kedutaan Wellington Malaysia ketika kejadian itu berlaku pada tahun lepas dan kes tersebut mencetuskan kemarahan apabila dia pulang ke tanah air bagi mendapatkan kekebalan diplomatik.

Dia akhirnya dihantar pulang ke New Zealand untuk menghadapi pertuduhan di mahkamah New Zealand dan mengaku tidak bersalah terhadap cubaan rogol dan pecah rumah.

Namun dengan perbicaraan dijadualkan bermula Isnin, tuduhan asal yang dikenakan telah digugurkan apabila lelaki berusia 39 tahun itu mengaku satu pertuduhan serangan sumbang terhadap wanita Wellington, Tania Billingsley.

Peguam Muhammad Rizalman, Donald Stevens mengemukakan keadaan termasuk penyakit mental meskipun pendakwaraya menafikannya.

Ringkasan fakta yang dibacakan di mahkamah menyatakan pada 9 Mei tahun lalu, Billingsley berada di rumahnya di Brooklyn, di pinggir bandar Wellington di mana kedutaan Malaysia terletak, apabila dia mendengar ketukan di pintu bilik tidurnya.

Muhammad Rizalman kemudiannya memasuki rumah itu tanpa memakai seluar atau seluar dalam. Bilingsley menjerit dan bergelut dengan Muhammad Rizalman sebelum berjaya menolaknya keluar dan menghubungi polis.

Stevens berkata Muhammad Rizalman memberitahu polis pasangan itu pernah ke panggung wayang bersama-sama hari itu. Ringkasan fakta tidak menyatakan sama ada Billingsley mempersetujuinya.

Dalam pada itu, pendakwa Grant Burston berkata, pakar-pakar akan dipanggil untuk mempertikaikan hujah Muhammad Rizalman bahawa dia berada dalam keadaan mental yang kurang sihat, dengan kelakuannya adalah lebih konsisten dengan “penggunaan ganja dan kebimbangan”.

Ketika jurubahasa menjelaskan prosiding kepadanya, Muhammad Rizalman yang berada dalam kandang tertuduh hanya diam.

Serangan sumbang berkenaan boleh membawa hukuman penjara maksimum tujuh tahun di New Zealand.

Hakim David Collins berkata pendengaran berhubung aspek-aspek yang dipertikaikan kes itu akan berlangsung pada Jumaat sebelum menjatuhkan hukuman.

Beliau berkata, jika hukuman tahanan rumah dikenakan, dan menegaskan ia hanya satu kemungkinan, Rizalman dibenarkan menjalaninya di Suruhanjaya Tinggi Malaysia.- AFP


Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082