Quantcast
Channel: Jenayah & Mahkamah – TV14
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082

Penganggur Dihadapkan Ke Mahkamah Majistret Atas Tuduhan Membunuh

$
0
0

tertuduh2

 

KUALA LUMPUR: Seorang pengangur di hadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh seorang gadis berusia 19 tahun di sebuah rumah di Cheras.

Tertuduh, Lin Kok Heng, 20, didakwa telah melakukan kesalahan tersebut terhadap mangsa Chan Li Mei, di sebuah rumah yang beralamat Blok A-1-14 Jalan 6/95B Flat Cheras Ria, Cheras Utama
di sini, antara 8 malam hingga 9 malam, pada 19 Nov lalu.

Lim didakwa di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati jika sabit kesalahan.

Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan oleh tertuduh di hadapan Majistret Siti Radzeah Kamarudin.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Nor Diana Nor Azwa manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah menetapkan 2 Feb depan sebagai tarikh sebutan semula kes sementara menunggu laporan bedah siasat dan laporan kimia.

Terdahulu, mangsa ditemui mati selepas dipercayai didera dalam tempoh yang lama dan mengalami kecederaan teruk di bahagian muka dan seluruh badan akibat kesan seterika panas.

 


Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082