LABUAN: Tiada sebarang perubahan pada kadar jenayah di Labuan untuk tempoh selama 11 bilan tahun ini berbanding kadar pada tahun 2014.
Berdasarkan statistik indeks jenayah sehingga 30 Nov lalu menunjukkan sebanyak 186 kes atau 0.00 peratus dicatat berbanding dengan tempoh sama tahun lalu.
Menurut Ketua polis Labuan cif supt Adzhar Othman, pencapaian positif yang direkodkan polis Labuan itu merupakan kerjasama orang awam yang menjadi mata dan telinga demi menjaga keselamatan dan memantau kegiatan jenayah di kalangan masyarakat.
“Kami bangga untuk menyatakan pencapaian ini disumbangkan oleh dedikasi dan komitmen penuh anggota polis serta kerjasama orang awam,” katanya.
Tambahnya lagi, tidak ada kes pembunuhan dan rompakan bersenjata direkodkan sejak tahun lalu kecuali kes rompakan berkumpulan tanpa senjata yang berjaya diselesaikan.
“Kami mencatat 10 kes mendatangkan kecederaan dan satu kes ragut dan semua kes berjaya diselesaikan,” katanya.
Bagi jenayah harta benda katanya motosikal mencatat 25 kes kecurian dengan sembilan daripadanya berjaya diselesaikan, 43 kes pecah masuk rumah dan tiada kes curi kenderaan.
Beliau berkata demikian pada sidang media yang diadakan selepas menyaksikan Majlis Serah Tugas Timbalan Ketua Polis di sini hari ini.