KOTA BHARU 15 Mac – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memanggil 50 individu termasuk seorang berpangkat Datuk bagi memberi keterangan berhubung penyelewengan RM330,000 wang bantuan baik pulih rumah mangsa banjir di Tanah Merah.
Pengarah SPRM negeri, Datuk Abd. Aziz Aban berkata, sebanyak RM880,000 diperuntukkan bagi membaik pulih sebanyak 411 buah rumah mangsa banjir di daerah tersebut.
Katanya, enam kontraktor dan sembilan sub kontraktor disiasat kerana hanya menggunakan sebanyak RM550,000 untuk membaik pulih rumah manakala bakinya dikatakan diserahkan kepada pihak ketiga.
“SPRM turut menyita wang sebanyak RM225,000 dalam satu akaun serta RM100,000 wang tunai daripada pihak ketiga,” katanya kepada pemberita selepas majlis serah terima tugas Pengarah SRPM negeri di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE