Quantcast
Channel: Jenayah & Mahkamah – TV14
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082

Pemandu Treler Rempuh Belasan Kereta Ditahan

$
0
0

  

MELAKA – Polis daerah Melaka Tengah berjaya menahan seorang lelaki dipercayai pemandu treler yang disyaki merempuh lebih 15 kenderaan yang di parkir di Lebuh Sungai Udang-Paya Rumput-Ayer Keroh (SPA), di sini.

Ketua Polis Melaka Tengah, Asisten Komisioner Shaikh Abdul Adzis Shaikh Abdullah berkata, lelaki berusia 50-an itu ditahan ketika membuat laporan di Balai Polis Salak Tinggi jam 5.12 petang, semalam.

“Lelaki yang berasal dari utara tanah air itu ditahan oleh anggota dan pegawai trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Melaka Tengah petang semalam.

“Treler juga ditahan dan kita akan rujuk kepada Puspakom bagi bantu siasatan di bawah Sekyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya di sini, hari ini.  


Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082