KUALA KANGSAR 15 Mac – Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah bertitah, tindakan tegas wajib diambil terhadap pihak yang menjalankan kegiatan menganugerahkan darjah dan bintang kebesaran palsu.
Titah baginda, undang-undang yang lebih ketat hendaklah digubal dan hukuman yang lebih berat dikenakan supaya aktiviti salah itu dapat dibanteras secara berkesan.
Baginda bertitah, ketegasan undang-undang wajib dilaksanakan tanpa gentar dan tanpa pilih kasih.
“Undang-undang hendaklah dikuatkuasakan secara saksama tanpa memberi keistimewaan atau imuniti kepada sesiapa juga.
“Pihak yang terbukti bersalah wajib berhadapan dan dikenakan tindakan yang setimpal,” titah baginda.
Sultan Nazrin bertitah demikian dalam Mesyuarat Dewan Negara Perak Ke-165 di Istana Iskandariah di sini hari ini – UTUSAN ONLINE