Quantcast
Channel: Jenayah & Mahkamah – TV14
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082

Bapa Didakwa Anak Sehingga Tahap Kritikal

$
0
0

  

KOTA TINGGI – Seorang tukang masak ditahan kerana dipercayai mendera anak lelakinya berusia tujuh tahun sehingga kritikal sebelum meninggal dunia, ketika mendapatkan rawatan di hospital, baru-baru ini.

Mangsa disahkan meninggal dunia selepas lima hari mendapatkan rawatan di hospital.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Rahmat Othman berkata, anak kepada lelaki berusia 36 tahun itu telah dihantar ke Hospital Kota Tinggi (HKT) pada 7 Mac lalu untuk mendapatkan rawatan selepas tidak sedarkan diri.

“Petugas di HKT telah menerima seorang pesakit kanak-kanak lelaki dalam keadaan tidak sedarkan diri yang dibawa oleh ambulan kira-kira jam 10 malam. Bapanya yang bekerja sebagai tukang masak memaklumkan anaknya tidak sedarkan diri selepas jatuh dalam bilik air serta turut mengalami sawan sebanyak tiga kali.

“Hasil pemeriksaan awal ke atas fizikal mangsa dan mendapati ada kesan cucuhan api rokok di badan mangsa dan kesan lebam di kepala. Mangsa kemudian telah dibawa ke Hospital Sultan Ismail (HSI) bagi rawatan lanjut kerana keadaan mangsa agak kritikal.

“Mengesyaki berlaku penderaan ke atas pesakit pihak hospital telah membuat satu laporan polis untuk tindakan pihak berkuasa,” katanya.

Rahmat berkata, lanjutan dari itu polis Kota Tinggi telah menahan bapa mangsa pada hari yang sama dan suspek direman sehingga semalam bagi membantu siasatan.

“Keterangan awal doktor pakar kanak-kanak HSI mendapati mangsa ada mengalami pendarahan dalam otak dan mata serta kesan lebam pada gusi sebelah kiri.

“Namun doktor tidak dapat mengesahkan sama ada pendarahan yang dialami berpunca akibat dipukul atau tidak. Terdapat juga kesan lebam dan kesan dirotan pada badan mangsa.

“Mangsa kemudiannya telah disahkan meninggal dunia pada Jumaat lalu kira-kira jam 2.30 petang,” katanya lagi.

Tambahnya, hasil bedah siasat yang telah dijalankan doktor pakar forensik HSI mendapati punca kematian mangsa adalah akibat ‘acute traumatic subdural haemorrhages’, pendarahan dalam selaput otak serta berlaku pendarahan pada mata.

Jelasnya lagi, pihak polis juga masih menunggu laporan penuh daripasa doktor pakar untuk tindakan selanjutnya dan kes disiasat dibawah Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082