Quantcast
Channel: Jenayah & Mahkamah – TV14
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082

Lari Cukai GST, 2 Ahli Perniagaan Didenda

$
0
0

GST-M

 

KUANTAN: Dua ahli perniagaan masing-masing didenda RM5,500 oleh Mahkamah Sesyen di sini, sebentar tadi, atas kesalahan gagal mendaftar dengan Jabatan Kastam Diraja Malaysia untuk mengenakan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).

Hakim Datuk Habibah Mohamed Yusof menjatuhkan hukuman itu terhadap Wong Juen, 38, dan Tay Sau Lin, 43, selepas kedua-duanya mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan dan sekiranya gagal membayar denda itu, mereka boleh dipenjara empat bulan.

Mengikut kertas pertuduhan, mereka didakwa gagal berbuat demikian di Unit Penguatkuasaan Pendaftaran GST, Cawangan Pendaftaran dan Pengurusan hasil GST Bahagian GST Jabatan Kastam Diraja Malaysia di sini pada 1 dan 31 Mac 2015.

Kedua-duanya didakwa mengikut Seksyen 184(4) Akta Cukai Barang dan Perkhidmatan 2014 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 96 akta sama. Pada prosiding itu, pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Mohd Khairuddin Niesha Mohd Shafee manakala kedua-dua tertuduh tidak diwakili peguam.-BH Online


Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082