Quantcast
Channel: Jenayah & Mahkamah – TV14
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082

Warga Emas Ditemui Mati Ditikam

$
0
0

image (1)

 

KAMPAR: Seorang warga emas ditemui mati dengan enam kesan tikaman di atas jalan raya dipercayai dibunuh di hadapan bangunan rumahnya di Jalan Hospital, di sini, petang tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 6 petang itu, mangsa, Loo Chee Mun, 61, ditemui tertiarap oleh orang awam dengan keadaan berlumuran darah yang pada awalnya disangka terbabit dalam kemalangan.

Ketua Polis Daerah Kampar, Superintendan Ng Kong Soon berkata, mangsa dipercayai dibunuh dengan enam tikaman objek tajam pada bahagian perut, rusuk kiri, dada dan leher menyebabkan mangsa maut di tempat kejadian.

“Berdasarkan siasatan awal, mangsa dipercayai ditikam di kawasan tangga flat rumah mangsa selepas menjumpai selipar dan tompokan darah milik mangsa di kawasan itu.

“Mangsa dikatakan cuba melarikan diri tetapi maut di tepi jalan raya.

“Mengikut keterangan keluarga mangsa, suspek yang dipercayai membunuh mangsa berjaya melarikan diri dengan sebuah motosikal,” katanya di sini sebentar tadi.

Kong Soon berkata, suspek dipercayai berhutang dengan mangsa dan motif pembunuhan dipercayai berkaitan dengan hutang. Katanya, punca kematian akan diketahui selepas bedah siasat mayat mangsa di Hospital Raja Permaisuri Bainun Ipoh (HRPB) pagi esok.

“Kami masih menjejaki suspek dan orang awam yang mempunyai maklumat diminta tampil bagi membantu siasatan.” Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya.- BH Online


Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082

Trending Articles