Quantcast
Channel: Jenayah & Mahkamah – TV14
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082

Dipenjara 6 Tahun Kerana Penipuan Pelaburan

$
0
0

skim-cepat-kaya

 

SEREMBAN: Seorang peniaga dijatuhi hukuman penjara enam tahun setengah oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, selepas mengaku bersalah melakukan penipuan pelaburan membabitkan kerugian hampir setengah juta ringgit, lima tahun lalu.

Hakim Fathiyah Idris menjatuhkan hukuman itu selepas Sabari Mansor, 52, mengaku bersalah terhadap tiga pertuduhan yang dibacakan kepadanya oleh jurubahasa mahkamah.

Mengikut pertuduhan, dia memperdayakan seorang lelaki untuk membuat bayaran yang keseluruhannya berjumlah RM402,500 melalui tiga transaksi berbeza antara Mac hingga November 2011 di Jalan Titiwangsa 10, Ampangan di sini.

Bayaran itu bagi pelaburan yang tidak wujud iaitu ‘Skim Dana Persisiran Pantai Labuan, Sabah kepada pemilik Bumiputera’ yang menawarkan keuntungan pulangan jualan semula mencecah RM5 juta bagi setiap pelaburan RM1,000.

Berikutan itu, dia melakukan kesalahan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan, memperuntukkan hukuman penjara tidak minimum setahun dan tidak lebih 10 tahun dengan sebatan dan boleh juga didenda, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Nor Hafizah Abdullah manakala tertuduh tidak diwakili peguam.-BH Online


Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082