Quantcast
Channel: Jenayah & Mahkamah – TV14
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082

Polis Tahan 5 Lelaki Cuba Bawa Lari Wanita Kemboja

$
0
0

index

 

IPOH: Polis mematahkan cubaan lima lelaki membawa lari seorang wanita warga Kemboja berusia 19 tahun di Plaza Tol Ipoh Selatan, Lebuhraya Utara Selatan (PLUS), malam tadi.

Dalam kejadian jam 8.30 malam itu, empat lelaki tempatan berusia 21 hingga 49 tahun dan seorang lelaki warga Bangladesh menaiki kenderaan pacuan empat roda Nissan X-Trail dan kereta PROTON Pesona ditahan ketika cuba membawa lari wanita berkenaan menuju ke arah selatan.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Sum Chang Keong, berkata maklumat awal diterima daripada orang awam serta majikan mangsa berusia 38 tahun memaklumkan sekumpulan lelaki menaiki kenderaan pacuan empat roda Toyota Hilux membawa lari wanita terbabit ketika mangsa membeli barang di sebuah kedai 24 jam di Jalan Mustapha Al-Bakri, di sini, jam 7.28 malam.

Katanya, sebaik menerima maklumat, sepasukan anggota polis dikerahkan mengesan kenderaan suspek di sekitar bandar raya ini.

“Kenderaan itu kemudian ditemui di Plaza Tol Ipoh Selatan jam 8.30 malam hasil maklumat orang awam dan polis mendapati dua kenderaan yang sebenarnya dinaiki kelima-lima suspek ialah Nissan X-Trail dan PROTON Pesona.

“Turut bersama mereka, wanita yang dipercayai dibawa lari kesemua suspek,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh, di sini, tengah malam tadi.

Chang Keong berkata, polis masih menjalankan siasatan namun tidak menolak kemungkinan suspek cuba memujuk mangsa untuk bekerja di tempat lain.

“Kelima-lima suspek yang bekerja di sebuah agensi pekerjaan ditahan di Balai Polis Tambun untuk siasatan lanjut. Setakat ini kes disiasat mengikut Seksyen 363 Kanun Keseksaan kerana melarikan orang dengan salah,” katanya.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082