Quantcast
Channel: Jenayah & Mahkamah – TV14
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082

Polis Siasat Sindiket Jual Kereta Tipu

$
0
0

polis

 

KUALA LUMPUR: Polis menerima empat laporan berhubung penipuan penjualan kereta didalangi sindiket menerusi satu laman web popular jual beli kenderaan.

Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Selangor dalam satu kenyataan berkata, empat laporan itu membabitkan tiga di Selangor dan satu di Pahang.

Modus operandi sindiket itu ialah dengan mengiklankan penjualan kereta jenis Perodua Kelisa dengan harga murah di laman web berkenaan.

“Mangsa yang terpedaya akan menghubungi suspek bagi tujuan urus niaga dan meminta mangsa memasukkan sejumlah wang ke dalam akaun bank CIMB Bank bernombor 7617813543 di atas nama Sugianto Samuen.

“Selepas mangsa memasukkan wang ke dalam akaun berkenaan, suspek terus menghilangkan diri dan tidak dapat dihubungi,” katanya.

Justeru, JSJK Selangor menasihatkan orang awam supaya tidak mudah terpedaya dengan tawaran murah berkenaan dan boleh menghubungi polis jika terdapat sebarang kemusykilan.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan iaitu menipu mangsa dengan menawarkan penjualan kereta yang tidak wujud.-BH Online


Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082