Quantcast
Channel: Jenayah & Mahkamah – TV14
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082

Geng Farit Tumpas

$
0
0

polis

 

RAUB – Tindakan berani dua lelaki menjual barangan curi melalui laman Facebook akhirnya memakan diri sendiri apabila kedua-dua suspek berumur 20-an itu berjaya ditahan polis pada 5 Mac lalu.

Kedua-dua lelaki dikenali sebagai Geng Farit yang me­lakukan kegiatan pecah rumah dan mencuri motosikal di daerah ini menjual bara­ngan curi dengan harga murah melalui Facebook.

Kedua-dua lelaki ber­kenaan dipercayai menjual barangan curi dengan harga serendah antara RM200 hingga RM300 bagi kesemua alat ganti untuk sebuah motosikal.

Ketua Polis Daerah, Supe­rintendan Wan Mohd. Zahari Wan Busu berkata, kedua-dua lelaki berusia 20-an itu ditahan dalam satu serbuan di Kubang Pasu, Kedah pada 5 Mac lalu.

“Penahanan kedua-dua suspek dipercayai dapat menyelesaikan 13 kes pecah rumah yang turut melibatkan kes kecurian motosikal di daerah ini sejak tahun lalu.

“Dalam serbuan itu, polis turut merampas barangan kes iaitu jam tangan, kame­ra video, kamera digital, cakera keras, sebuah motosikal Yamaha RXZ dan sebuah rangka motosikal jenis Yamaha 125Z,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Raub di sini semalam.

Tambah beliau, siasatan mendapati suspek utama yang berasal dari Raub mempunyai rekod jenayah pecah rumah di Changloon, Kedah dan Kuala Lumpur.

“Berdasarkan siasatan, ha­sil jualan barang curi melalui Facebook atau jualan terus telah digunakan suspek untuk membeli dadah dan barang kegunaan harian,” ujarnya.-Kosmo Online


Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082