KUALA LUMPUR: Polis mengeluarkan sebanyak 224 saman atas pelbagai kesalahan dalam operasi sekatan jalan raya di Jalan Bangsar menghala ke ibu negara, malam tadi.
Dalam operasi yang bermula jam 9 malam itu, polis turut menyita 57 motosikal atas pelbagai kesalahan, antara tiada lesen memandu, lesen memandu tamat tempoh, nombor pendaftaran tidak mengikut spesifikasi ditetapkan, tidak mempamer pelekat P, tiada cermin sisi dan tidak memakai tali pinggang keledar.
Operasi membabitkan 54 anggota termasuk pegawai itu turut disertai Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan sukarelawan polis.
Sebanyak 261 kenderaan diperiksa, selain JPJ turut mengeluarkan 17 saman atas pelbagai kesalahan.