Quantcast
Channel: Jenayah & Mahkamah – TV14
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082

Janda Antara Yang Ditahan Berkhalwat

$
0
0

MELAKA 31 August 2015. ( MM248J / MB651M / ops jaim / Ops Ambang Merdeka )  Antara pasangan remaja yang ditahan dalam operasi mengejut Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) di sebuah hotel bajet sekitar bandaraya Melaka. Dalam 'Ops Ambang Merdeka' selama lebih enam jam bermula jam 11 malam itu, seramai 24 orang ditahan selepas didapati berdua-duaan dengan pasangan bukan muhrim di dalam bilik hotel sehingga boleh mendatangkan syak. STR/Muhammad Hatim Ab Manan

 

MELAKA – Seorang janda dua anak antara empat ditahan bersama pasangannya kerana berkhalwat oleh Bahagian Penguat kuasa Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) di sebuah hotel bajet di Jalan Kesidang di sini dalam satu operasi bersepadu di sini semalam.

Semasa diserbu pukul 2 pagi itu, janda yang berasal dari Johor tersebut mengaku baru sahaja mengambil kekasihnya pulang dari tempat kerja dan memberi alasan tidak larat untuk pulang lalu menyewa bilik hotel.

Ketua Pegawai Bahagian Penguat kuasa JAIM, Rahimin Bani berkata, janda tersebut turut mendakwa sudah bertunang dan merancang untuk mendirikan rumah tangga dalam tempoh terdekat ini.

“Wanita berkenaan yang berusia 31 tahun mengakui berstatus janda dan mempunyai dua orang anak manakala pasangannya berusia 25 tahun,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Rahimin berkata, selain pasangan terbabit, tiga lagi pasangan berusia antara 22 hingga 50 tahun turut ditahan dalam pemeriksaan membabitkan tiga buah hotel di sekitar Kampung Morten dan Gajah Behrang.

Katanya, kesemua mereka ditahan mengikut Seksyen 53 Enakmen Kesalahan Syariah Negeri Melaka 1991 kerana bersekediaman dengan bukan muhrim.

“Sabit kesalahan boleh didenda sebanyak RM3,000 atau penjara selama 24 bulan atau kedua-duanya sekali,” katanya.

Rahimin berkata, selain menahan pasangan khalwat, JAIM turut mengeluarkan saman kepada dua lelaki Muslim yang meminum arak di premis pusat hiburan semasa serbuan dijalankan di Taman Melaka Raya.-Kosmo Online


Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082

Trending Articles