Quantcast
Channel: Jenayah & Mahkamah – TV14
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082

Warga Colombia Didakwa Terlibat Dalam 20 Kes Pecah Rumah Ditahan

$
0
0

SHAH ALAM, 1 April -- Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor SAC Datuk Mohd Adnan Abdullah (dua,kiri) menunjukkan antara barangan rampasan daripada sepasang suspek warga Colombia yang terlibat dalam kes pecah rumah di Kota Damansara, pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor hari ini.?Jumlah kerugian dianggarkan bernilai RM200,000.?--  fotoBERNAMA (2016) HAK CIPTA TERPELIHARA

 

SHAH ALAM: Dua warga Colombia ditahan polis Selangor selepas dipercayai terbabit dalam 20 kes pecah rumah di sekitar negeri itu termasuk kes terbaru di Kota Damansara minggu lalu.

Dalam kejadian 26 Mac itu, mangsa mengalami kerugian hampir RM40,000 selepas rumahnya dipecah masuk dipercayai dilakukan kumpulan Latin Amerika.

Ketua Siasatan Jenayah Selangor, Datuk Mohd Adnan Abdullah berkata, polis Selangor sudah mula mengikuti jejak kumpulan itu sejak awal Mac lagi.

“Hasil siasatan awal, kami berjaya menahan suspek lelaki berusia 37 dan wanita, 39 tahun dalam sebuah kereta jenis Toyota Camry dengan nombor pendaftaran palsu di sebuah kondominium di Datuk Keramat, Ampang pada 29 Mac lalu.

“Pasangan berkenaan tidak mempunyai sebarang dokumen perjalanan sah dan siasatan ke atas kenderaan itu menemukan beberapa barang kes seperti nombor pendaftaran dan topeng muka,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor di sini, sebentar tadi.

Mohd Adnan berkata, sebuah kereta Perodua Viva turut dijumpai berdekatan kondominium berkenaan, dipercayai digunakan untuk aktiviti jenayah.

“Polis kemudiannya menyerbu sebuah kondominium dan menemui barang dicuri antaranya jam tangan pelbagai jenama, rantai serta gelang tangan dipercayai emas dan beberapa barang lain,” katanya.

Beliau berkata, susulan penahanan pasangan itu, polis menahan seorang lelaki tempatan berusia 47 di Seksyen 9, semalam, yang menyewakan kenderaan kepada pasangan berkenaan.

“Kita percaya, lelaki tempatan itu bukan sahaja memberi sewa kenderaan tetapi terbabit dalam jenayah dilakukan pasangan Latin Amerika itu,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082

Trending Articles