Quantcast
Channel: Jenayah & Mahkamah – TV14
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082

Rompakan Kedai Emas : 5 Lelaki Bersenjata Larikan Barang Bernilai RM200,000

$
0
0

3-Lelaki-Hadir-Majlis-Hari-Jadi-Cedera-Ditembak

 

MANJUNG – Lima lelaki bertopeng, tiga daripadanya bersenjatakan pistol, melarikan barang kemas bernilai hampir RM200,000 dalam rompakan kedai emas di Ayer Tawar di sini, semalam.

Pemilik kedai itu berkata dalam kejadian kira-kira pukul 4.10 petang, dua lelaki mengacukan pistol kepada dua pekerja wanita manakala seorang lagi memecahkan cermin pameran menggunakan penukul.

“Seorang perompak menunggu di luar kedai sambil memegang pistol manakala seorang lagi rakan mereka berada dalam kereta jenis Proton Waja berwarna kelabu,” katanya yang enggan namanya disiarkan, ketika ditemui pemberita hari ini.

Menurutnya, semasa kejadian tiada pelanggan di dalam kedai dan perompak hanya mengambil masa kira-kira lima minit untuk melarikan rantai leher dan gelang.

Katanya ketika kejadian, beliau berada di pekan Ayer Tawar dan hanya mengetahui mengenai rompakan itu menerusi penggera di telefon bimbit yang disambung terus ke kamera litar tertutup (CCTV) di kedainya. – Bernama


Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082

Trending Articles