Quantcast
Channel: Jenayah & Mahkamah – TV14
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082

Peniaga Ditahan Selepas Menipu Diri Diculik

$
0
0

Logo PDRM

 

KUALA LUMPUR – Tindakan seorang peniaga yang mendakwa dirinya diculik bagi mendapatkan wang tebusan menjerat diri apabila ditahan polis di sebuah bank di Kajang dekat sini, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju Supt Mohd Roy Suhaimi Sarif berkata lelaki yang berusia 26 tahun itu ditahan kira-kira 4 petang ketika membawa keluar wang tebusan bernilai RM25,000 yang diperolehi daripada sepupunya.

Katanya, suspek bertindak menghubungi sepupunya yang berusia 33 tahun pada pukul 2.30 petang pada hari kejadian dan mendakwa dirinya diculik empat lelaki.

“Suspek menghubungi sepupu dan meminta wang tebusan sebanyak RM60,000 serta berkata dirinya akan dibunuh oleh “penculik” sekiranya saudaranya gagal berbuat demikian.

“Namun, selepas berunding mangsa telah memasuki wang tunai sebanyak RM25,000 ke dalam akaun milik suspek,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Mohd Roy berkata selepas menerima laporan daripada sepupu, pihaknya berjaya mengesan lokasi suspek yang berada di bank bagi mengeluarkan wang tebusan itu.

Menurutnya, hasil siasatan awal mendapati suspek yang mempunyai kedai makan menghadapi masalah kewangan.

Katanya, suspek tidak mempunyai rekod jenayah lampau dan kini direman sehingga Isnin depan bagi membantu siasatan kes dibawah Seksyen 365 Kanun Keseksaan. – Bernama


Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082