Quantcast
Channel: Jenayah & Mahkamah – TV14
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082

Guru Sambilan Pukul Murid Ditamatkan Perkhidmatan

$
0
0

BALING, 6 April -- Mohd Rohaizad Abdullah (kanan) menunjukkan laporan polis yang dibuat mengenai kes seorang guru mencederakan anaknya Farah Izzati (tengah) pelajar tingkatan satu Sekolah Model Khas Baling Isnin lalu sehingga patah tangan, hari ini. --fotoBERNAMA (2016) HAK CIPTA TERPELIHARA

 

ALOR SETAR – Guru sambilan yang didakwa mencederakann tiga pelajar tingkatan satu di sebuah sekolah menengah di Baling pada Isnin lalu sehingga seorang daripadanya retak tulang tangan, telah ditamatkan perkhidmatan serta-merta.

Pengarah Jabatan Pendidikan Kedah (JPN) Datuk Azuyah Hassan berkata tindakan terhadap guru itu dibuat hasil perbincangan antara waris pelajar, sekolah dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG).

“Pada 6 April lalu, sekolah telah mengadakan mesyuarat permuafakatan bersama waris pelajar terlibat dan guru terbabit dan setelah persefahaman dipersetujui, semua waris menerima pemohonan maaf daripada guru itu dan bersetuju menyerahkan kes kepada sekolah untuk diselesaikan.

“Selepas mendapat persetujuan waris, sekolah dan PIBG telah berbincang dan memutus menamatkan tugas guru sambilan itu sebagai guru al-Quran berkuat kuasa serta-merta,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Katanya, waris, sekolah dan JPN telah bersetuju menyelesaikan perkara itu di antara mereka dan akan menyerahkan kes berkenaan sepenuhnya kepada polis untuk siasatan lanjut.

Azuyah berkata, ketiga-tiga pelajar yang cedera dalam kejadian itu telah dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan dan telah dibenarkan pulang ke rumah serta diberikan cuti oleh doktor.

“Dua pelajar yang hanya mengalami cedera ringan di pinggang dan kepala diberi cuti satu dan dua hari manakala pelajar yang retak tulang tangan kanan diberi cuti sebulan.

“JPN telah mengarahkan sekolah untuk memastikan keperluan dan kebajikan pelajar terlibat selain turut menyediakan sesi kaunseling secara berkala kepada mereka bagi mengembalikan semangat untuk terus bersekolah,” katanya.

Dalam kejadian 4 April lalu, ketiga-tiga pelajar telah dipanggil guru itu ke dewan makan sekolah untuk mengaji al-Quran dan semasa mereka mengambil tempat di kerusi berdekatan dengannya, guru berkenaan secara tiba-tiba membaling kerusi plastik ke arah pelajar terbabit sehingga menyebabkan kecederaan. – Bernama


Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082

Trending Articles