Quantcast
Channel: Jenayah & Mahkamah – TV14
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082

Polis Berjaya Tahan 3 Kumpulan Penjenayah

$
0
0

Logo PDRM

 

KAPAR: Seramai lapan ahli tiga kumpulan penjenayah yang aktif melakukan jenayah samun, pecah rumah dan curi motosikal tumpas selepas mereka ditahan dalam beberapa siri serbuan sejak seminggu lalu.

Suspek yang terdiri daripada seorang penjenayah dari Geng Cina Ravi yang berusia 52 tahun, tiga ahli Geng Botak Sementa berusia 25 hingga 30 tahun dan empat ahli Geng Sara Kapar berusia 20 hingga 43 tahun ditahan di sekitar Kapar dan Klang.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Mohd Yusoff Mamat berkata, dengan tertangkapnya ahli serta ketua kumpulan penjenayah itu, pihaknya percaya dapat menyelesaikan sekurang-kurangnya 32 kes samun, pecah rumah dan curi motosikal di daerah Klang.

Katanya, ketua Geng Cina Ravi itu ditahan dalam satu serbuan di sebuah rumah di Jalan Kuari, dekat sini, kira-kira jam 11.30 malam pada 1 April lalu, hasil maklumat pengadu kes kecurian motosikal.

“Polis turut merampas sebuah motosikal dipercayai dicuri bersama serangkai kunci.

Hasil siasatan lanjut polis kemudian berjaya merampas enam rangka motosikal yang dibuang di tempat pembuangan sampah selain ditanam di sekitar kawasan rumah suspek.

“Suspek yang memiliki lapan rekod jenayah membabitkan curi kenderaan, samun dan dadah turut mengakui menjual komponen motosikal yang dicuri untuk membeli dadah sejak lima tahun lalu.

“Polis kini sedang mengesan rakan suspek berusia 30 tahun yang dipercayai giat melakukan aktiviti curi motosikal di sekitar Kapar,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Utara, di sini, hari ini.

Mohd Yusoff berkata, dalam siri serbuan sejak awal April, polis turut menyelesaikan kes samun kedai serbaneka dengan tertangkapnya Geng Botak Sementa dan Geng Sara Kapar yang dipercayai giat menjalankan kegiatan samun jalanan.

“Kesemua suspek yang memiliki pelbagai rekod jenayah membabitkan samun, curi dan dadah ditahan di sekitar Kampung Sementa dan Pangsapuri Rebana dalam Ops Lejang yang dijalankan sejak 2 April lalu.

“Susulan penahan itu, polis berjaya merampas pelbagai hasil samun termasuk sepucuk pistol mainan yang digunakan oleh Geng Sara Kapar ketika menyamun kedai serbaneka,” katanya. -BHOnline


Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082