Quantcast
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082

2 Anggota Polis Lepaskan Suspek Rogol Digantung Kerja

Image may be NSFW.
Clik here to view.
Logo PDRM

 

PETALING JAYA: Polis akan membuka kertas siasatan terhadap dua anggotanya yang melepaskan lelaki yang didakwa merogol seorang kanak-kanak warga asing berusia empat tahun di Kampung Kubu Gajah, Sg Pelong, Sungai Buloh, kelmarin.

Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk Abdul Rahim Jaafar, berkata pihaknya sudah mengambil tindakan tatatertib terhadap dua anggota berkenaan.

“Mereka digantung kerja serta-merta dan jika ini kecuaian, kita tidak teragak-agak mendakwa mereka di mahkamah mengikut Seksyen 223 Kanun Keseksaan kerana cuai membiarkan tahanan lari.

“Suspek dipercayai seorang lelaki warga asing yang tidak mempunyai dokumen sah manakala gerakan mengesannya giat dijalankan,” katanya.

Beliau ditemui pemberita pada Program Amalan Hijau dan Aplikasi Teknologi Hijau, Sempena Hari Polis ke-209, di Hutan Pendidikan Bukit Gasing, di sini sebentar tadi.

Dalam kejadian jam 1 tengah hari kelmarin, suspek diserah kepada dua anggota terbabit yang menaiki kereta peronda selepas orang awam menahannya kerana didakwa merogol seorang kanak-kanak perempuan.

Suspek kemudian dibawa ke Balai Polis Sungai Pelong dan dua anggota itu membuat keputusan sendiri untuk membebaskan lelaki berkenaan.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082

Trending Articles