Quantcast
Channel: Jenayah & Mahkamah – TV14
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082

Bekas AJK Koperasi Dipenjara, Denda RM8,000 Tipu Peniaga

$
0
0

KUALA TERENGGANU 19 APRIL 2016. (KTM410J) Tertuduh, Salleh Samat, 60, dijatuhi hukuman penjara tiga tahun dan denda RM8,000 oleh Mahkamah Sesyen kerana didapati bersalah atas dua pertuduhan menipu seorang peniaga, tujuh tahun lalu.STR/SYAHIRAH ABDULLAH

KUALA TERENGGANU: Seorang bekas ahli jawatankuasa Koperasi Kakitangan Kerajaan dan Badan-Badan Berkanun Terengganu (KOKANUN) dihukum penjara tiga tahun dan denda RM8,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, selepas mengaku salah atas dua tuduhan menipu seorang peniaga pada tahun 2009.

Hakim Asmadi Hussin turut menjatuhkan hukuman tambahan penjara tiga bulan sekiranya tertuduh, Salleh Samat, 60, gagal menjelaskan denda berkenaan.

Salleh yang didakwa mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu hanya tunduk ketika Asmadi menjatuhkan hukuman terhadapnya.

Mengikut pertuduhan pertama, Salleh didakwa menipu Hayati Muhamad sehingga mendorongnya menyerahkan RM2,900 yang didakwa sebagai sebahagian wang deposit sewaan premis di Jalan Besar, Kampung Cacar, Paka, Dungun pada 30 November 2009.

Tertuduh turut mengulangi kesalahan sama apabila menipu mangsa sehingga menyerahkan RM1,000 di hadapan sebuah kafe di Paka, Dungun, pada 12 November 2009.

Bagi kesalahan pertama, tertuduh dijatuhi hukuman penjara tiga tahun dan denda RM5,000, manakala bagi pertuduhan kedua, dia dikenakan denda RM3,000.

Selain itu, tertuduh turut berdepan masing-masing dua bulan dan satu bulan penjara sekiranya gagal menjelaskan denda berkenaan. Bagaimanapun, mahkamah mengarahkan hukuman penjara berjalan serentak.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Farah Yasmin Salleh.

Berdasarkan kertas pertuduhan, tertuduh dipercayai memperdaya mangsa yang kononnya layak menyewa premis milik KOKANUN sedangkan mangsa tidak layak kerana tidak menepati syarat ditetapkan.

Mangsa menyerahkan sejumlah wang kononnya untuk dijadikan sebagai pembayaran deposit sewa premis terbabit selepas terpedaya dengan janji tertuduh.

Mangsa hanya mengetahui dirinya ditipu apabila secara tiba-tiba dihalau pihak berkuasa dengan alasan mangsa tidak layak menyewa premis berkenaan. -BHOnline


Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082

Trending Articles