Quantcast
Channel: Jenayah & Mahkamah – TV14
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082

PPIM Terima 10 Aduan Penipuan Pakej Perkahwinan

$
0
0

Persatuan-Pengguna-Islam-Malaysia

 

KUALA LUMPUR: Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menerima 10 aduan membabitkan 10 pasangan yang mendakwa ditipu syarikat menawarkan pakej perkahwinan.

Aktivis PPIM, Mohd Nor Izzat Mohd Johari, berkata syarikat itu didakwa memperdaya orang ramai menerusi ekspo perkahwinan di beberapa pusat pameran dan beli-belah.

“Bergerak aktif sejak September tahun lalu, syarikat terbabit dikatakan meminta bayaran RM200 dan memberi tempoh sebulan untuk menyelesaikan baki pakej ditawarkan.

“Jumlah keseluruhan ialah RM2,000, namun boleh mencecah RM3,000 bergantung kepada lokasi pakej.

“Apabila bayaran selesai dibuat, mereka menyedari menjadi mangsa penipuan selepas mendapati operasi perniagaan di Bangi sudah ditutup manakala kegiatan syarikat berkenaan turut tersebar luas di media sosial,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Yang turut hadir Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan dan aktivis PPIM, Muhammad Yusuf Azmi.

Sementara itu, Nadzim berharap pihak berkaitan membuat pemantauan dengan lebih kerap supaya peniaga tidak mengambil kesempatan terhadap orang ramai, termasuk menerusi tawaran pakej perkahwinan. -BHOnline


Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082