Quantcast
Channel: Jenayah & Mahkamah – TV14
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082

Mayat Bayi Baru Lahir Ditemui Dalam Kebun Sawit

$
0
0

BATU PAHAT 22 APRIL 2016. ( BH JBH951E / METRO JB517F )  Mayat bayi lelaki yang masih bertali pusat ditemui dalam keadaan menyayat hati di sebuah kebun kelapa sawit di Kampung Parit Gantong, Sri Merlong, Rengit, dekat sini, pagi tadi. STR/EMAIL

 

BATU PAHAT: Mayat bayi lelaki yang masih bertali pusat ditemui dalam keadaan menyayat hati di sebuah kebun kelapa sawit di Kampung Parit Gantong, Sri Merlong, Rengit, dekat sini, pagi tadi.

Mayat bayi cukup sifat itu ditemui kira-kira jam 8.30 pagi oleh pemilik kebun kelapa sawit berkenaan, dalam keadaan dihurung semut dan lalat dalam bungkusan kain putih.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Din Ahmad, ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan pihaknya giat mengesan suspek.

“Bayi berkenaan dipercayai dilahirkan empat hari lalu dan pemeriksaan mendapati ia dilahirkan tidak cukup bulan, sekitar usia tujuh bulan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan,” katanya. -BHOnline


Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082

Trending Articles