Quantcast
Channel: Jenayah & Mahkamah – TV14
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082

Lelaki Didakwa Kelucahan Melampau Mengaku Tidak Bersalah

$
0
0

1265_Semasa_Mahkamah

 

AYER KEROH: Seorang lelaki didakwa di Mahkamah Majistret, di sini, hari ini, atas tuduhan melakukan kelucahan terhadap dua kanak-kanak lelaki berusia 11 dan 12 tahun di sebuah inap desa, tahun lalu.

Ahmad Muzamil Pandak, 28, dari Ulu Kinta, Perak mengaku tidak bersalah selepas jurubahasa membacakan empat pertuduhan di hadapan Majistret Mohd Firdaus Saleh.

Mengikut kertas pertuduhan pertama dan ketiga, tertuduh didakwa merangsang kanak-kanak berusia 11 dan 12 tahun untuk melakukan kelucahan melampau dengan menghisap kemaluannya di sebuah inap desa di Taman Tasik Utama, di sini, antara jam 2 hingga 3 pagi, 24 Oktober tahun lalu.

Bagi pertuduhan kedua dan keempat, tertuduh turut melakukan tindakan sama terhadap kedua-dua mangsa di inap desa sama, antara jam 2 hingga 3 pagi, 25 Oktober tahun lalu.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 377 (e) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara hingga lima tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Mohd Firdaus membenarkan tertuduh diikat jamin RM14,000 bagi keempat-empat pertuduhan dan menetapkan 2 Jun ini sebagai tarikh sebutan semula kes dan serahan dokumen.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082