Quantcast
Channel: Jenayah & Mahkamah – TV14
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082

Polis Serbu Makmal Ecstasy Berskala Besar

$
0
0

GOMBAK 22 APRIL 2016. Ketua Polis Selangor, Datuk Abdul Samah Mat (kiri) melihat peralatan dan bahan-bahan membuat dadah jenis ekstasi ketika mengadakan sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak berikutan serbuan terhadap makmal penghasilan dadah jenis ekstasi berskala besar. NSTP/ASYRAF HAMZAH

 

GOMBAK: Sebuah makmal penghasilan dadah jenis Ecstasy berskala besar terbongkar selepas polis menyerbu sebuah kediaman teres dua tingkat di kawasan perumahan Desa Jaya di sini, Rabu lalu.

Dalam serbuan jam 12 tengah hari oleh sepasukan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak itu, seorang lelaki tempatan dipercayai dalang utama berusia 51 tahun ditahan.

Ketua Polis Selangor, Datuk Abdul Samah Mat, berkata pelbagai peralatan dan bahan mentah dianggar bernilai RM306,000 yang digunakan untuk menghasilkan bahan terlarang itu ditemui dalam rumah berkenaan.

“Kita percaya sindiket ini didalangi tiga lelaki dan seorang berjaya ditahan dalam serbuan itu manakala dua rakan subahatnya sedang dikenal pasti.

“Berdasarkan kelengkapan peralatan dan bahan mentah ditemui, kita anggarkan sindiket ini mampu menghasilkan sejuta butir pil Ecstasy bernilai RM50 juta,” katanya pada sidang media di sini, sebentar tadi.

Katanya, sindiket berkenaan dipercayai aktif sejak empat bulan lalu manakala serbuan dilakukan susulan intipan dan risikan selama dua bulan.

Beliau berkata, sindiket itu dipercayai membekalkan dadah kepada kumpulan pengedar untuk pasaran sekitar ibu negara dan Lembah Klang. -BBHOnline


Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082

Trending Articles