Quantcast
Channel: Jenayah & Mahkamah – TV14
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082

Isteri Nyaris Ditetak Suami Mabuk

$
0
0

Kapak1

 

JEMPOL – Seorang isteri nyaris ditetak suaminya menggunakan parang gara-gara tidak mendengar panggilan lelaki itu yang pulang ke rumah mereka, awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Noorzainy Mohd. Noor berkata, kejadian tersebut berlaku lebih kurang pukul 12.30 pagi di rumah pasangan itu dekat Bahau.

Katanya, suspek yang pulang ke rumah dalam keadaan mabuk begitu marah selepas isterinya yang berusia 39 tahun gagal dikejutkan daripada tidur.

“Suspek ditahan dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Jempol dan polis turut merampas sebilah parang sepanjang 0.6 meter.

“Kes ini disiasat di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan,” katanya di sini hari ini.

– K! ONLINE


Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082