SELAYANG – Seorang juruteknik dihadapkan ke Mahkamah Majistret Selayang di sini hari ini atas tuduhan membunuh teman wanitanya tiga minggu lalu.
Tiada sebarang pengakuan direkodkan daripada tertuduh, X. Kumaresan, 36, yang memakai kemeja kotak biru.
Dia hanya mengangguk faham selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Iriane Isabelo.
Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa dengan niat telah membunuh teman wanitanya,
K. Uma Dewi, 32, seorang eksekutif di Kilometer 19 Jalan Gombak, antara 4 pagi hingga 7 pagi 6 April lalu.
Tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum gantung sampai mati jika sabit kesalahan. – K! ONLINE