Quantcast
Channel: Jenayah & Mahkamah – TV14
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082

Penyamun Pengsan Kepenatan Selepas Mengelak Polis Ditahan

$
0
0

SEMPORNA 27 APRIL 2016. Suspek ditemui dalam keadaan pengsan di kawasan bakau berhampiran ladang kelapa sawit di Jalan Lihak-Lihak, Semporna.

 

SEMPORNA: Polis menahan seorang lelaki disyaki aktif dalam kegiatan samun selepas dia ditemui pengsan, dipercayai kepenatan selepas lebih empat jam bersembunyi ketika mengelak daripada ditahan.

Suspek berusia 40 tahun itu ditahan di kawasan bakau berhampiran sebuah ladang kelapa sawit di Jalan Kampong Lihak-Lihak, dekat sini, kira-kira jam 2.40 petang, semalam.

Ketua Polis Daerah Semporna, Superintendan Peter Anak Umbuas, berkata sebelum itu pada jam 10 pagi pihaknya menerima maklumat berhubung suspek berkenaan menaiki sebuah pacuan empat roda dari Lahad Datu ke Semporna.

Susulan itu, katanya, sepasukan anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Semporna berjaya mengesan kenderaan terbabit di pekan ini dan cuba menahannya.

“Polis yang mengekori kenderaan suspek mengarahkannya berhenti dengan menggunakan pembesar suara, tetapi dia terus memecut sebelum berpatah balik dan cuba melanggar anggota polis.

“Tindakan itu menyebabkan polis terpaksa melepaskan beberapa das tembakan amaran sebelum salah satunya terkena tayar kenderaan suspek sebelum dia keluar dari pacuan empat roda terbabit dan melarikan diri ke kawasan ladang berhampiran.

“Berikutan itu, polis menjalankan gerakan memburu suspek dan berhasil menemuinya dalam keadaan pengsan dipercayai akibat terlalu letih, ketakutan dan panik selepas bersembunyi lebih empat jam di kawasan bakau berhampiran ladang itu,” katanya di sini, sebentar tadi.

Peter berkata, pemeriksaan dalam kenderaan suspek menemui pelbagai barangan dipercayai hasil kegiatan samun antaranya telefon bimbit dan dompet pelbagai jenis serta jenama, rambut palsu, kayu hoki serta dua paket mengandungi hablur jernih disyaki syabu.

“Dengan penahanan ini, kita percaya dapat menyelesaikan beberapa kes samun dan curi dilaporkan di Lahad Datu dan beberapa kes lain di daerah ini.

“Suspek direman tujuh hari bermula hari ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cuba menyebabkan kematian,” katanya. -BHOnline


Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082

Trending Articles