Quantcast
Channel: Jenayah & Mahkamah – TV14
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082

Pengamal Media Akan Lebih ‘Kebal’ Selepas Ini ?

$
0
0

img_5114

Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan meneliti keperluan mewujudkan satu jawatankuasa bagi melindungi pengamal-pengamal media di dalam negara khusus membabitkan soal keselamatan ketika bertugas.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Masir Kujat berkata, kebajikan pengamal media perlu dititik berat kerana golongan tersebut memainkan peranan yang tersendiri.

Jelasnya, pihak kementerian mungkin akan melakukan perbincangan untuk melihat kewajaran penubuhan jawatankuasa melindungi pengamal media dalam pelbagai isu termasuklah keselamatan.

“Bagaimanapun kita harus akui bahawa kejadian jenayah boleh terjadi kepada sesiapa sahaja tidak kira orang awam, media atau menteri sendiri.

“Apa yang penting adalah cara kita untuk mengenal pasti kepakaran yang kita ada untuk mengelakkan kejadian yang tidak diingini dan melanggar undang-undang berlaku,” katanya yang bersetuju jika penubuhan jawatankuasa itu direalisasikan.

Beliau berkata demikian selepas melawat pengurus pentas Astro Awani, Ahmad Hawari Zakaria yang kini dirawat di Hospital Kuala Lumpur (HKL) selepas ditikam di bahagian perut oleh seorang wanita yang juga rakan kepada jirannya di sebuah kondominium di PV20, Jalan Usahawan, Setapak.

Dalam kejadian itu, mangsa dipercayai berselisih faham dengan sekumpulan lelaki di hadapan dua pengawal keselamatan yang sebelum itu dihubungi oleh seorang penghuni kondominium terbabit untuk meleraikan pergaduhan.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082