Quantcast
Channel: Jenayah & Mahkamah – TV14
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082

8 Suspek Kes Kematian Anggota Polis Ditahan

$
0
0

MUAR 30 APRIL 2016  Anggota polis memeriksa mayat seorang anggota polis ditemui mati dalam longkang selepas dikatakan dikejar sekumpulan lelaki apabila mangsa meleraikan pergaduhan di Sungai Abong, Muar.  STR/IHSAN PEMBACA

 

MUAR: Polis menahan lapan individu bagi membantu siasatan berhubung kematian seorang anggota polis di Sungai Abong di sini, pagi tadi.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Johor, Senior Asisten Komisioner Kamarul Zaman Mamat, berkata semua suspek ditahan di satu lokasi di daerah Batu Pahat kira-kira jam 12.45 tengahari tadi.

“Saya mengesahkan polis sudah menahan enam lelaki dan dua perempuan bagi membantu siasatan berhubung kes kematian seorang anggota polis di Sungai Abong di sini pagi tadi.

“Kita masih menjalankan siasatan lanjut berhubung kejadian itu dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya ketika dihubungi sebentar tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 9 pagi tadi, mayat Koperal Roydin Jamaludin, 32, ditemui dalam parit di Sungai Abong oleh orang awam selepas dipercayai dikejar sekumpulan lelaki apabila mangsa dikatakan meleraikan satu pergaduhan sebelum itu.

Mayat Roydin dihantar Unit Forensik Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) di sini untuk bedah siasat.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082