Quantcast
Channel: Jenayah & Mahkamah – TV14
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082

Lelaki Cedera Ditembak Dalam Pergaduhan Di Ladang Sitiawan

$
0
0

Logo PDRM

 

SITIAWAN: Seorang lelaki cedera dipercayai terkena tembakan dalam pergaduhan membabitkan seorang anggota polis dan sekumpulan lelaki di Ladang Sitiawan, di sini malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 10 malam itu, lelaki berkenaan dipercayai mengalami kecederaan di beberapa bahagian badan selepas ditembak sebelum dimasukkan ke Hospital Manjung, dekat sini untuk rawatan lanjut.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Perak, Asisten Komisioner Fadzil Ahmat berkata, anggota polis yang berusia 36 tahun dipercayai mengalami perselisihan faham dengan sekumpulan berkenaan.

Katanya, akibat tidak berpuas hati, sekumpulan suspek kemudiannya menyerang anggota polis yang bertugas di Unit Kereta Peronda (MPV) Ibu Pejabat Daerah (IPD) Sabak Bernam, Selangor itu termasuk ada yang bersenjatakan pistol.

“Ketika kejadian, mangsa memaklumkan beberapa das tembakan dilepaskan oleh pihak yang menyerang. “Siasatan seterusnya mendapati seorang lelaki kemudian dimasukkan ke Hospital Manjung dipercayai cedera akibat ditembak,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Fadzil berkata lelaki yang cedera itu bagaimanapun berada dalam keadaan stabil dan siasatan lanjut masih diteruskan.

Katanya, susulan kejadian itu, tangkapan dibuat ke atas anggota polis berkenaan dan tiga lagi suspek berusia 20 hingga 30 tahun bagi membantu siasatan.

“Kes itu disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana terbabit dalam cubaan membunuh,” katanya. -BHOnline


Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082