Quantcast
Channel: Jenayah & Mahkamah – TV14
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082

5 Beranak Trauma Ditahan Lelaki Bersenjata Pisau

$
0
0

SEREMBAN 02 MAY 2016. (For all) Mangsa, Norazlin Mohammad Juhaili, 36 memeluk anaknya, Muhammad Fahim Zafran Razali, 8 (kanan) dan Nur Farah Zahirah Razali, 9 (tiga dari kanan) dan Rosnah Mohd Sharip, 47 (kiri) memeluk anaknya, Nur Khairunnisa Abiddy, 14 selepas insiden seorang lelaki bersenjatakan pisau mengurung mangsa di dalam rumah di Taman Sendayan Indah, Negeri Sembilan. NSTP/IQMAL HAQIM ROSMAN

 

SEREMBAN: Polis berjaya menyelamat lima beranak yang ditahan oleh seorang lelaki bersenjatakan pisau di Taman Sendayan Indah dekat sini, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 6.30 petang itu, lelaki berusia 20-an yang tinggal di depan rumah mangsa, tiba-tiba menyerbu masuk rumah mereka.

Dia kemudian mengunci pintu dan menahan Norazlin Mohamad Julaihi, 36; bersama dua anaknya, Nur Farah Zahirah Razali, 9; dan Mohd Fahim Zafran, 8.

Turut berada dalam rumah ialah kakak iparnya, Rosnah Mohd Sharif, 47, dan anak perempuannya, Nur Khairunnisa Abiddy, 14.

Norazlin berkata, lelaki itu menariknya dan kakak iparnya ke dalam bilik, manakala dua anaknya dan anak kakak iparnya menyorok di balik langsir ruang tamu.

Katanya, lelaki itu bertindak kasar, termasuk menarik rambut dan tangannya dengan kuat, tetapi tidak mengapa-apakan anaknya dan anak kakak iparnya.

“Jiran kemudian menghubungi polis dan bomba untuk memberikan bantuan,” katanya ketika ditemui di sini, malam ini.

Norazlin berkata, polis yang tiba kemudian berunding dengan lelaki itu, tetapi percakapannya tidak dapat difahami.

“Ini termasuk dia kata ‘yang mati keluar, yang hidup ke depan’,” yang masih trauma dengan kejadian itu.

Katanya, usaha berunding itu turut disertai oleh ayah lelaki itu, tetapi gagal memecah kebuntuan.

Kejadian ini berakhir kira-kira jam 7.50 malam selepas anggota polis dan bomba berjaya membuka pintu belakang rumah lalu menangkap lelaki terbabit yang memakai baju lengan panjang dan seluar pendek.

BH difahamkan lelaki itu dibawa ke Hospital Tuanku Ja’afar untuk pemeriksaan mental. -BHOnline


Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082

Trending Articles