Quantcast
Channel: Jenayah & Mahkamah – TV14
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082

Penganggur Dipenjara 5 Tahun Miliki Kerambit

$
0
0

jenis-kerambit-2

 

Kuala Terengganu: Penganggur dijatuhi hukuman penjara lima tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas pertuduhan memiliki kerambit di tempat awam.

Keputusan itu dibuat Hakim Mohd Azhar Othman selepas tertuduh,Muhammad Jamaluddin Zakwan Hamzah, 25, dari Kampung Pulau Serai, Dungun mengaku salah terhadap pertuduhan mengikut Seksyen 7 (1) Akta Bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa dengan sengaja memiliki pisau jenis kerambit iaitu senjata yang dijadualkan dalam jadual kedua, Akta Bahan-bahan Kakisan, Letupan dan Senjata Berbahaya 1958 di tepi jalan Yahya Ahmad, Dungun, jam 3.30 pagi pada 31 Ogos 2015.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya Mohamad Hafiz Abd Rahman.

Terdahulu, Mohd Azhar dalam penghakimannya berharap hukuman diberikan dapat memberi pengajaran kepada tertuduh dan masyarakat di luar sana supaya tidak melakukan kesalahan sama.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082

Trending Articles


Novel : Kahwin Ganti 2


Novel : Kahwin Ganti 3


Balai baharu cekapkan tadbir urus polis Beladin


Novel : Kahwin Ganti 1


Novel : Kahwin Ganti 6